
Daripada Asma' binti U'mais ra, beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw
telah datang untuk berjumpa dengan Aisyah binti Abu Bakar (isteri baginda Saw),
dan bersama Aisyah pada ketika itu saudara perempuannya
(iaitu saudara perempauan Aisyah) , Asma' binti Abu Bakar.
Pada ketika itu Asma' memakai pakaian orang Syam (sejenis pakaian arab)
yang lengannya agak luas terbuka (yang mungkin menampakkan lengan dan
bahagian badan yang lain).Apabila Rasulullah Saw melihat keadaan Asma'
sedemikian,
sedemikian,
lantas Rasulullah Saw bangun dan keluar dengan cepat.
Apabila Aisyah melihat Rasulullah Saw keluar dengan cepat,
maka dia berkata kepada kepada Asma'
(mungkin Aisyah perasan apa yang tidak disenangi oleh Rasulullah Saw ) : ”Beredarlah,sesungguhnya Rasulullah Saw telah melihat perkara yang tidak
disenanginya.
disenanginya.
" Setelah Asma' beredar,maka Rasulullah Saw datang kembali untuk
berjumpa dengan Aisyah.Maka Aisyah terus bertanya,mengapa baginda
bangun dan terus keluar?
berjumpa dengan Aisyah.Maka Aisyah terus bertanya,mengapa baginda
bangun dan terus keluar?
Maka jawab baginda Saw :
ADAKAH KAU TIDAK MELIHAT KEADAANYA
(IAITU KEADAAN ASMA' BERPAKAIAN) ?
SESUNGGUHNYA SEORANG PEREMPUAN MUSLIMAH ITU
TIDAK BOLEH MENAMPAKKAN SESUATU DARI
TUBUH BADANNYA MELAINKAN INI DAN INI
(RASULULLAH SAW MENUNJUKKAN PERGELANGAN
TANGANNYA DAN MENGGENGGAMNYA DAN JUGA
RASULULLAH SAW MENEKAPKAN KEDUA TANGANNYA
KE PIPINYA UNTUK MENUNJUKKAN MUKA SAHAJA).
Hadith ini ada dinyatakan oleh Al-Imam At-Tabrani di dalam kitabnya
Al-Mu'jam Al-Kabir dan Al-Mu'jam Al-Ausat -
(Kitab Hadith)
Hadith ini juga ada dinyatakan oleh Al-Imam Al-Baihaqi di dalam
kitabnya
As-Sunan Al-Kubra - .
(Kitab Hadith)
Hadith ini juga dinyatakan oleh As-Syeikh Nasiruddin
Al-Albani di dalam kitabnya Jilbab Al-Marah Al-Muslimah. -
(Kitab tentang pakaian muslimat)
Secara kesimpulannya hadith ini adalah hasan sebagai mana yang
dinyatakan oleh As-Syeikh Nasiruddin Al-Albani.
PENJELASAN
Daripada hadith ini,menunjukkan bahawa apa yang boleh diperlihatkan
oleh seseorang perempuan muslimah dari tubuh badannya,adalah kedua
belah tapak tangannya dan mukanya sahaja.Maka selain daripada itu,
maka haram di perlihatkan.Ini jelas daripada apa yang Rasulullah Saw
jelaskan sambil menggenggam pergelangan tangannya untuk menunjukkan
paras @takat yang boleh dilihat pada bahagian tangan,dan Rasulullah Saw
menekapkan tangan ke pipinya untuk menjelaskan bahawa dari
bahagian kepala hanya muka yang boleh diperlihatkan…
Maka selain itu,wajib ditutup…
Maksud tutup disini,adalah dilarang untuk memperlihatkan bentuknya,
rupanya dan warnanya.Kalau pakaian tu menutupi tapi ketat,tak dikira tutup
aurat sebab nampak bentuk.Kalau nipis,dan nampak terbayang-bayang tak dikira tutup
aurat.
Seperti ramai pada hari ini,wanita-wanita yang pakai tudung tapi nipis,
hingga nampak bayangan leher dan rambut.Ini juga tidak menutup tidak
aurat.
Ini kerana tujuan pakai tudung,adalah untuk tutup keseluruhan aurat.
Secara umumnya para ulamak meletakkan syarat-syarat pakaian untuk
muslimat
adalah seperti berikut :
1)Mesti menutupi seluruh badannya kecuali apa yang dibenarkan untuk
diperlihatkan
iaitu wajah dan tapak tangan.
2)Pakaian itu janganlah terlampau berhias-berhias,hingga menarik perhatian.
3)Mestilah tebal yang tidak nipis,hingga boleh menampakkan warna kulitnya.
4)Mestilah agak besar dan tidak ketat hingga menampakkan bentuk badannya.
5)Pakaian itu sendiri tidak terlalu wangi hingga menarik perhatian orang.
Manakala
wangi
sekadar untuk menutup bau busuk,tidak mengapa,seperti bau sabun basuh
yang tidak melampau.
6)Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki,jika orang pandang sahaja,
itu pakaian lelaki maka haram memakainya.
7)Tidak menyerupai pakaian perempuan kafir
8)Pakaian itu tidak pelik,hingga lain daripada yang lain.Hingga orang
pandang pun pelik.
sekadar untuk peringatan bersama. yang buruk itu datang dari ana, yang
baik tu semuanya dari Allah عزوجل
No comments:
Post a Comment