5 SEBAB MENJADIKAN BER"COUPLE" HARAM
5 SEBAB MENJADIKAN BER"COUPLE" HARAM Pada asasnya, hukum bercinta-kasih, berpasangan( couple) atauseumpamanya adalah harus. Akan tetapi terdapat beberapaperkara/tindakan yang boleh menyebabkannya menjadi HARAM.Antaranya : PERTAMA: TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYASesebuah perhubungan ×istimewa" antara seorang lelaki dan wanitaseharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk berkahwin. Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan sepertitersebut adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur,bersuka-suka dan sebagainya. KEDUA: TIDAK MEMATUHI (MELAMPAUI) SYARIAT AGAMALumrah bercouple seakan tidak dapat lari dari aktiviti sepertiber"dating", ber"shoping" dan sebagainya hatta ada yang sampai keperingkat "membonceng". Tidak kurang juga (tanpa segan silu)menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap "caring"seperti memanggil darling kepada pasangannya. Paling tidak, pasti didalam pertemuan(dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus,perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya. Semua perlakuan iniadalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan perhubunganbebas di antara lelaki dan perempuan. Yang paling penting, apabilaSyariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka wasilah atautindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turutdiharamkan. Kaedah Fiqh ada menyebutkan : sesuatu yang membawa kepadayang haram, maka ia juga menjadi haram. Justeru berdasarkan kaedahini, maka bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat jugaadalah haram. KETIGA: MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITAApabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanitamuslimah akan dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang silelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akanbertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkandirinya diusung(maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atausetidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telahdimiliki. Kesan buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlakuperpisahan antara pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuatpelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut.Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnyaberlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatanseorang wanita. Ingatlah bahawa Islam amat memprihatinkan penjagaanmaruah seorang wanita. Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dankerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang diluar batasan. Sebabnya adalah kerana Islam memelihara kehormatan seorang wanita.
No comments:
Post a Comment